|
|
Q: Bagaimana cara untuk saya mengakses ke Laman Interaktif Trafik PDRM?
A: Terdapat dua kaedah untuk mengakses ke laman ini iaitu:-
1. Daftar sebagai pengguna biasa dengan mendaftar
di Laman Interaktif Trafik PDRM.
2. Daftar sebagai pengguna 1 Malaysia ID.
Q: Bagaimana cara untuk saya mendaftar sebagai 1 Malaysia ID?
A: Anda hanya perlu klik pada pautan yang telah disediakan di laman ini.
Q: Apa perbezaan antara mendaftar di Laman Interaktif Trafik PDRM dan mendaftar melalui
1 Malaysia ID?
A: Sekiranya anda mendaftar di Laman Interaktif Trafik PDRM, anda akan diberi
kemudahan tambahan untuk semak saman sahaja.
Tetapi sekiranya anda mendaftar sebagai pengguna 1 Malaysia
ID, anda akan diberi kemudahan tambahan untuk semak saman,
tukar maklumat pemandu dan semak status permohonan tukar
maklumat pemandu.
Q: Apakah manfaat yang saya perolehi sekiranya saya melayari Laman Interaktif Trafik
PDRM ini?
A: Dengan melayari laman ini, anda boleh mengetahui info trafik dan berita terkini
, menyemak saman pada bila-bila masa mengikut
kesesuaian anda. Perkhidmatan ini adalah percuma, menjimatkan
masa dan kos.
Q: Bagaimana cara untuk saya semak saman?
A: Anda perlu log masuk ke dalam sistem. Kemudian pada bahagian pertanyaan saman,
anda boleh klik pada semak saman untuk menyemak
samada anda ,mempunyai saman atau tidak. Sekiranya ada saman,
rekod akan dipaparkan. Sekiranya tiada saman, mesej "Tiada rekod" akan
dipaparkan.
Q: Sekiranya kenderaan saya telah disaman, tetapi pada ketika itu, kenderaan saya
telah dipandu oleh orang lain. Apakah yang perlu saya lakukan?
A: Anda boleh membuat penukaran butiran maklumat pemandu melalui sistem ini
dengan syarat anda mestilah mendaftar sebagai pengguna 1 Malaysia ID.
Q: Saya telah menerima saman melalui pos, tetapi imej kenderaan yang saya terima
bukan kenderaan saya tetapi nombor
kenderaan adalah sama. Apa yang perlu saya lakukan?
A: Anda boleh menghubungi pegawai-pegawai seperti yang terdapat dalam senarai
Direktori untuk membuat aduan.
Q: Bagaimana kadar kompaun ditentukan?
A: Kadar kompaun akan ditentukan mengikut kategori kesalahan. Sila rujuk pada
pautan “Kadar Baru Kompaun Saman” di laman utama.
Q: Bagaimana kaedah untuk mendapatkan laporan trafik terkini?
A: Sila rujuk di Laman Utama.
Q: Bagaimana kaedah atau saluran pembayaran saman?
A: Kaedah Pembayaran Saman adalah seperti berikut:-
·
Tunai
·
KadKredit
·
Wang Pos
·
Bank Draf
Saluran Pembayaran Saman adalah seperti berikut:-
·
KaunterTrafik
·
KaunterPos Malaysia
·
MyEG (www.myeg.com.my)
·
RILEK (www.rilek.com.my)
·
MyBayar
·
Mesin ATM Maybank (akan dilancarkan)
Q: Bolehkah saya membayar saman dengan kaedah online?
A: Boleh. Anda boleh membuat pembayaran saman melalui MYEG dan Rilek.com.my.
Q: Adakah saman saya akan dikurangkan sekiranya saya membayar kompaun sebelum tempoh
yang telah ditetapkan?
A: Pihak kerajaan telah mengambil tindakan untuk seragam dan selaraskan pembayaran
saman berdasarkan prinsip “The more you delay, the more you pay”.
Dalam konteks ini, saman yang dikenakan kepada pihak anda akan mendapat pengurangan
secara automasi berdasarkan prinsip di atas.
Q: Apakah kesan jangka panjang sekiranya saya membiarkan saman saya tertunggak? Adakah
saya akan disenarai hitamkan dan paspot saya akan ditahan?
A: Tidak. Kesan jangka panjang adalah anda tidak boleh memperbaharui cukai jalan
dan lesen memandu.
Q: Adakah pihak trafik menyediakan hari di mana harga saman akan dikurangkan?
A: Kadar Kompaun telah ditetapkan dan diseragamkan. Pengurangan saman dilakukan
secara automasi iaitu bersesuaian dengan slogan “The more you delay,
the more you pay”. Bagi kesalahan yang menjadi penyumbang utama pada kemalangan,
keselamatan pengguna, kesesakan lalulintas dan perkhidmatan
pengangkutan awam kompaun maksimum sebanyak RM300 akan dikenakan.
Q: Bagaimana cara saya menghubungi pihak Trafik Daerah?
A: Anda boleh rujuk pada bahagian Direktori.
Q: Berapa lama proses yang diambil jika saya membuat penukaran maklumat pemandu secara
dalam talian?
A: Dalam masa 24 jam.
Q: Adakah saya boleh membuat semakan saman bagi pihak orang lain?
A: Tidak boleh kecuali syarikat yang berdaftar melalui 1 Malaysia ID.
Q: Bagaimana cara untuk saya mendaftar sebagai 1 Malaysia ID?
A: Anda hanya perlu klik pada pautan yang telah disediakan di laman ini.
Q: Kenapa hanya paparan kosong yang keluar setelah saya masuk ke laman ini?
A: Kadangkala sistem tergendala atau loading terlalu perlahan disebabkan oleh
gangguan rangkaian. Jika ini berlaku sila cuba proses pembaharuan
semula (refresh).
Q: Kenapa skrin saya kembali ke laman utama sedangkan saya sedang melayarinya?
A: Anda mungkin membiarkan halaman begitu sahaja dalam tempoh yang lama. Anda
perlu log masuk kembali untuk terus melayari sistem.
|